38 bulan tahanan rumah, ibu Palestin ke penjara Israel

HARAKAHDAILY | .

SEORANG ibu Palestin dengan status tahanan rumah, dikhabarkan tiba di penjara Ramla Israel pada hari Rabu, semalam.

Beliau dibawa ke tempat itu untuk menjalani sisa hukuman setelah sebelumnya menghabiskan 38 bulan menjadi tahanan rumah, lapor laman web Islampos.

Ketua NGO Hak Tahanan Amjad Abu Asab mengatakan bahawa Alia al-Sheikh Abbasi, 50, ditahan pada 2 Januari 2012 di kem pelarian Shuafat kerana dituduh menusuk seoran

g tentera Israel.

Dia dibebaskan pada 22 Februari 2012 dan dipindahkan ke tahanan rumah, di mana dia menghabiskan 38 bulan di sana.

Alia Abbasi adalah ibu kepada enam anak yang tinggal di persekitaran Jerusalem Timur yang diduduki.

Beliau dikhabarkan mempunyai kad residensi Jerusalem tetapi tidak tercatat sebagai warga Israel, Silwan walaupun hidup di bawah undang-undang Israel.

Kem pelarian Shuafat, terputus dari seluruh bandar dengan tembok pemisah Israel dan sejumlah penempatan Yahudi.

Salah satu anak Abbasi, Issa Daoud Abbasi, telah ditahan di penjara-penjara Israel sejak 2010, dijatuhi hukuman 10 tahun penjara.

Share on Myspace