Najib ungkit Jambatan Bengkok tikam diri sendiri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengungkit semula isu pembinaan Jambatan Bengkok bagi memperlekeh dan cuba memberi gambaran seolah-olah Tun Mahathir Mahathir ada sesuatu kepentingan lain di sebalik mengkritik dan menyerangnya, akhirnya menikam dirinya sendiri.

Demikian pandangan Shahbudin Husin menerusi tulisan dalam blognya, hari ini.

Menurutnya, dalam temubual dengan TV3 baru-baru ini, Najib berkata, selain tidak bersetuju dengan BR1M, Tun Mahathir juga sebenarnya tidak puas hati kerana beliau enggan meneruskan pembinaan Jambatan Bengkok itu bagi menggantikan Tambak Johor.

Dalam reaksinya mengenai perkara itu, Tun Mahathir berkata, Najib sebenarnya pernah berjanji kepadanya untuk meneruskan pembinaan jambatan itu tetapi akhirnya mungkir janji setelah memperoleh  kuasa.

Kata beliau, kemahuannya terhadap pembinaan jambatan itu bukan bersifat peribadi atau berkaitan kontrak, tetapi demi masa depan negara serta kepentingan rakyat dan negeri Johor.

Tambah Tun Mahathir lagi, beliau juga pernah membangkitkan perkara itu kemudiannya, tetapi Najib memberi alasan bahawa terdapat perjanjian yang memerlukan persetujuan Singapura jika ingin membina jambatan itu.

Bagaimanapun, tambah Shahbudin apabila bekas Perdana Menteri itu meminta Najib menunjukkan bukti adanya perjanjian itu, sehingga hari ini ia gagal dibuktikan.

Tun Mahathir juga mendedahkan, berikutan dengan itu, Najib kemudiannya tidak bertegur sapa dengannya selama kira-kira enam bulan.

"Aduhhh...sampai begitu sekali sikap Najib terhadap Tun Mahathir!" tulisnya lagi. - HARAKAHDAILY 17/4/2015

Share on Myspace