Khalid jelaskan perbincangan bersama TG Abdul Hadi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berikut penjelasan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerusi facebook beliau yang menyertai perbincangan bersama Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini.

SAYA menyertai perbincangan antara Tuan Guru Hj Abdul Hadi bersama pelbagai ketua komuniti Islam baru-baru ini atas kesedaran betapa pentingnya bagi Malaysia terus memperkukuhkan lagi hubungan baik yang sekian lama terjalin dengan pemimpin NGO Islam Indonesia ke arah membina satu rangkaian kerjasama menyeluruh dan berkesan, seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat ASEAN.

Amat kritikal untuk kita semua memastikan masyarakat Islam tidak ketinggalan dalam memainkan peranan dan tidak tercicir dalam kepesatan pembangunan ekonomi terutama memanfaatkan potensi besar dengan wujudnya ASEAN Economic Community (AEC) yakni satu pasaran bebas bagi 600 juta penduduk atau setara dengan lebih 9% dari pasaran konsumer dunia. Namun, untuk mencapai hasrat tersebut, perlu ada kestabilan dari segi sosio-ekonomi dan politik terlebih dahulu.

Saya dan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkesempatan mengunjungi rakan lama Speaker Dewan Perwakilan Indonesia Bp Irman Gusman di Jakarta. Kami berbincang tentang peri penting mengukuhkan ikatan ukhwah antara masyarakat Islam khusus di rantau ini.

Share on Myspace