Jangan percaya berita kerajaan baru di Selangor

HARAKAHDAILY | .

Iskandar (kanan) bersama Tuan Guru Abdul Hadi pada program Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia di Ampang semalam.

KUALA LUMPUR: Orang ramai digesa agar tidak mempercayai berita bahawa PAS dan Umno akan bergabung untuk membentuk kerajaan di Selangor.

"Menurut berita itu, lima orang Adun PKR akan melompat untuk memastikan pakatan tersebut memiliki majoriti di dalam Dewan," ujar Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar A Samad dalam satu kenyataan.

Tegasnya, PAS Selangor dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali, maka tidak ada sebab untuk menukar menteri besar.

Beliau menegaskan lagi bahawa PAS Selangor tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno.

Katanya, kemungkinan besar berita tersebut adalah bertujuan untuk menjatuhkan imej Presiden PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS bulan Jun ini.

"Walau bagaimanapun saya percaya ahli-ahli dapat membezakan berita palsu dari berita yang tulen," ujarnya yang juga Exco Kerajaan Selangor. - HARAKAHDAILY 19/4/2015

Share on Myspace