Jangan main tepi kapal, nanti jauh laut

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Apakah kita kena berhentikan kereta kerana nak lawan dengan seekor nyamuk?" tanya Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sepatutnya, kata beliau teruskan perjalanan dan buat tidak peduli dengan nyamuk yang seekor itu.

Jelasnya, nyamuk kecil sahaja dan jika terkena darahnya pada pakaian pun tidak dikira najis.

"Nyamuk ni kecik saja, kena darah pada pakaian pun tak dikira najis, boleh pakai buat sembahyang. Tapi kehadirannya mengganggu.

"Sekali masuk nyamuk dalam kereta, susah nyamuk nak keluar. Kita buka cermin dia hilang, tutup cermin ada semula," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Setiu ke-37 PAS di Kompleks Tarbiyah Luqmanul Hakim, Setiu semalam.

Berucap di hadapan kira-kira 450 orang perwakilan, beliau berkata PAS diibarat sebuah kapal yang besar.

“Sifat sebuah kapal besar, ia tak belayar di anak sungai tetapi belayar di lautan yang luas dan bergelombang. Kapal yang dilanda gelombang adalah perkara biasa.

“Tapi jangan duduk main kat tepi, nanti jatuh ke laut. Biasanya selepas gelombang melanda, laut akan menjadi tenang setenang-tenangnya,” ujarnya dipetik Buletin Online.

Share on Myspace