GST harus: Hujah Mufti Perak sangat longgar

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Hujah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sangat longgar apabila menyatakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) harus dengan alasan negara memerlukan wang untuk pembangunan dan pengurusan.

Keta Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, hakikatnya dengan percukaian sedia ada menerusi cukai korporat, individu serta hasil petroleum dan lain-lain sudah cukup untuk menguruskan perbelanjaan pengurusan dan pembangunan negara.

Justeru, trgasnya GST tidak diperlukan dan bukan keperluan mendesak.

Jelasnya, isu pada GST ialah sistemnya yang akan dikenakan kepada perbelanjaan si kaya dan si miskin tanpa mengira status kemampuan pendapatan mereka.

"Di sinilah GST tidak menepati syarat keharusan cukai dalam Islam. Selagi ia dikenakan kepada si miskin selagi itulah ia menjadi satu kezaliman yang ditegah oleh Islam," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Justeru, kerana itu beliau tetap menegaskan bahawa GST adalah percukaian yang haram dan sewajarnya jawatankuasa Fatwa Kebangsaan menyemak semula fatwa tersebut. - HARAKAHDAILY 20/4/2015

Share on Myspace