Resolusi gesa hapuskan dikotomi ulama-profesional

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kongres Professional Muslim 2015 telah berlangsung di Ampang pada Sabtu lepas. Susulan daripada itu suatu resolusi telah dicapai antaranya mengiktiraf bahawa golongan ulama juga adalah sebahagian daripada golongan professional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan profesional dan  golongan ulama harus dihapuskan.

Yang berikut ialah resolusi penuh tersebut.

Bahawa dengan ini, kami yang bersidang dalam Kongres Profesional Muslim 2015 pada hari ini, 29 Jamadil Akhir 1436H bersamaan 18 April 2015, di Auditorium MPAJ, Ampang

Menyedari bahawa dunia senantiasa dilanda krisis demi krisis baik daripada segi ketenteraan, politik ekonomi mahupun sosial, yang sekaligus menggambarkan gagalnya sistem penyelesaian sedia ada, dan memahami peri pentingnya semua tenaga manusia yang berkepakaran dalam  pelbagai bidangnya berganding bahu memberi pelbagai sumbangan membawa Malaysia dan dunia ke arah sebuah suasana kehidupan yang maju, cekap, adil, aman dan berharmoni, maka Kongres Profesional Muslim 2015 telah mengambil resolusi berikut:

1. Profesionalism ialah sifat-sifat adil, jelas dan rasional berasakan kepada kekuatan ilmu dan hujjah yang perlu dimiliki semua orang khususnya golongan profesional iaitu mereka yang mempunyai ilmu, dan kemahiran yang diiktiraf di dalam sesuatu bidang tertentu.

2. Mengambil kira dunia kesarjanaan Islam sebagai satu bidang ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, maka ulama juga adalah sebahagian daripada golongan profesional sama seperti mereka yang mempunyai ilmu dan kemahiran tertentu yang diiktiraf, di dalam bidang bidang lain, maka dualism dan dikotomi golongan profesional dan  golongan ulama harus dihapuskan.

3. Dunia amnya dan Malaysia khususnya perlulah secara adilnya memberi peuang kepada penyelesaian secara Islam dalam pelbagai bidang kehidupan manusia dalam menyelesaikan kemelut yang melanda dunia hari ini yang telah gagal diselesai kan oleh sistem dan kaedah penyelesaian lain

4. Bahawa usaha ke arah membina sebuah cara hidup maju, adil, aman dan berharmoni berasaskan Islam perlulah disokong oleh semua pihak, dan diterajui oleh sebuah organisasi gerakan Islam yang terbukti kejelasan perjuangannya dan kekukuhan prinsip Islamnya iaitu Parti Islam Se-Malaysia, PAS.

5. Mengiktiraf bahawa sesebuah organisasi gerakan Islam mestilah dipimpin oleh mereka yang lebih berilmu dan berkemahiran dalam prinsip dan dasarnya iaitu Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijmak, iaitu golongan ulama sesuai dengan sifatnya yang profesional dalam bidang kesarjanaan Islam.

6. Golongan profesional selain daripada bidang kesarjanaan Islam seperti bidang sosial, ekonomi, undang-undang, perubatan, kejuruteraan dan pelbagai lagi mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sangat besar dalam berganding bahu dengan profesional bidang agama atau ulama mengikut keperluannya masing-masing

7. Bersetuju untuk membentuk gabungan NGO profesional yang menggabung-jalinkan pelbagai bidang profesional, daripada kejuruteraan dan undang-undang sehinggalah ke kesarjanaan Islam. – HARAKAHDAILY 20/4/2015

IR PROF DR HAIRUL AZHAR ABDUL RASHID
Pengarah
Kongres Profesional Muslim SeMalaysia

Share on Myspace