Rompin: Timbalan Presiden ketuai perarakan calon PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

ROMPIN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin, pagi ini.

Perarakan bermula jam 8.15 pagi dari Bilik Gerakan PAS Dun Tioman, Kuala Rompin ke pusat penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini.

Hadir sama ialah Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua dan Ketua Pembangkang Dun Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Sementara itu, calon PAS, Ustaz Nazri Ahmad memasuki dewan jam 9.05 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan. - HARAKHDAILY 22/4/2015

Share on Myspace