Permatang Pauh: Presiden PAS dengar pandangan pengundi

| .

SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan mendengar sendiri pandangan daripada pengundi Permatang Pauh berhubung dakwaan pengundi tidak akan mengundi calon PKR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, 7 Mei depan.

"Saya tidak boleh tengok berita mengenai perkara ini di media sahaja. Saya akan dengar pandangan orang bawah sendiri," katanya kepada pemberita sebaik sahaja selesai program Bicara Minda Dan Sesi Dialog 'Hudud dari kaca mata Hadi' di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi memberi respons berhubung dakwaan haram bagi pengundi di Permatang Pauh mengundi calon yang menolak hudud.

"Kita masih dalam Pakatan Rakyat dan saya hormati penyokong PAS di Permatang Pauh," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Akhbar Sinar Harian hari ini memetik Ketua Urusan Ulama PAS Kawasan Permatang Pauh, Badrul Abdul Rahman sebagai berkata, haram dan berdosa mengundi calon yang menolak hudud. - HARAKAHDAILY 22/4/2015 

Share on Myspace