PAS Permatang Pauh lancar jentera PRK malam ini

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh akan melancarkan jentera bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh di Dewan Haji Yusof Rawa, Sama Gagah jam 9.00 malam ini.

Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Omar Hassan berkata semua jentera PAS kawasan terlibat dengan majlis tersebut.

Katanya, Pengarah Pilihan raya Induk PRK Permatang Pauh yang juga Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut sama pada majlis itu.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pada penamaan calon PRK Permatang Pauh di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Bukit Mertajam pagi ini.

Sementara itu, calon PKR pada PRK Permatang Pauh yang juga presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di pekarangan IKBN jam 8.53 pagi.

Antara pemimpin utama Pakatan Rakyat yang mengiringi beliau ialah timbalannya, Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS, Mohamad Sabu dan Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Ketua Whip DAP, Lim Kit Siang. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Share on Myspace