4 calon bertanding PRK Permatang Pauh

HARAKAHDAILY | FOTO SABRI SAID | .

PERMATANG PAUH: Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Jusni Ismail mengumumkan empat calon bertanding pada Pilihan raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang.

Mereka terdiri daripada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah (PRM) dan Salleh Isahak (Bebas).

Penamaan calon berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

PRK Permatang Pauh diadakan ekoran Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penyandang hilang kelayakan sebagai wakil rakyat setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar melalui anggota keluarganya.

Pada Pilihan raya Umum ke-13 lalu, Anwar daripada PKR menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dan Bebas dengan majoriti 11,721 undi. - HARAKAHDAILY 25/4/2015

Share on Myspace