PAS Permatang Pauh hargai keprihatinan pimpinan Pusat

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: PAS Permatang Pauh mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kepimpinan PAS Pusat yang mengambil langkah segera menyelesaikan salah faham yang timbul sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

"Kami ucap terima kasih kepada PAS Pusat yang beri perhatian," kata Yang Dipertua PAS kawasan, Omar Hassan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, semua ahli di peringkat Majlis Tindakan Dun dan Unit Peti Undi menerima keputusan PAS kawasan bersandarkan arahan PAS Pusat melaksanakan tugas bagi mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat menerusi calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Kita tak ada masalah, ahli parti kita berdisiplin, beradab," ujarnya yang memaklumkan PAS kawasan bersedia untuk PRK itu sejak pertengahan Februari lalu.

Beliau turut berharap Umno BN tidak menimbulkan isu sensitif seperti perkauman sepanjang kempen PRK Permatang Pauh.

"Kita harap Umno jangan sentuh isu perkauman, jangan main api pada kempen kali ini," ujarnya yang berpuas hati penyusunan gerak kerja PAS kawasan yang telah diatur. - HARAKAHDAILY 27/4/2015

Share on Myspace