Boikot PRK bukan jalan betul untuk selesai masalah

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berata memboikot pilihan raya kecil (PRK) bukannya jalan yang betul untuk menyelesaikan masalah.

"Pemuda PAS perlu bijaksana mengurus perbezaan. Kebijaksanaan mengurus masalah adalah salah satu elemen 'Politik Budiman'," ujarnya kepada Harakahdaily.

Beliau merujuk kepada mesyuarat PAS Pusat pada 13 April lalu yang telah memutuskan agar PAS membantu kempen di Permatang Pauh dan Rompin.

Justeru, katanya mana-mana Pemuda PAS negeri mesti patuh.

Tambahnya, adapun masalah di peringkat pemuda negeri-negeri hendaklah diselesaikan dengan cara yang bijaksana.

"Kita tidak setuju tindakan individu pemuda AMK menghina Presiden PAS kerana  tidak wajar mencampuri urusan dalaman parti rakan PR dan kita juga tidak setuju Pemuda PAS Pulau Pinang memboikot PRK kerana melanggar arahan mesyuarat PAS Pusat pada 13 April 2015," jelasnya.

Sehubungan itu, beliau telah mengusahakan pertemuan antara pemuda PAS Pulau Pinang dan Pemuda AMK Pulau Pinang sejak seminggu yang lalu.

Malangnya, kata beliau pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan kerana keengganan pihak terbabit. - HARAKAHDAILY 28/4/2015

Share on Myspace