Akur arahan Pusat, Pemuda PAS P Pinang berjiwa besar

HARAKAHDAILY | .

PERMATANG PAUH: "Alhamdulillah, saya merakamkan ribuan penghargaan di atas jiwa besar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur keputusan PAS Pusat," ujar Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons kepada keputusan Pemuda PAS Pulau Pinang untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS negeri, Mohd Yusni Md Piah berkata pihaknya sebulat suara telah memutuskan untuk akur arahan PAS Pusat bagi membantu gerak kerja PRK Permatang Pauh setelah berbincang dalam mesyuarat Dewan Pemuda PAS negeri yang turut dihadiri oleh Timbalan dan Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Khalil Abdul Hadi dan Khairil Nizam Khirudin.

"Dalam masa yang sama, kami juga tetap dengan pendirian kami sebelum ini supaya AMK Pulau Pinang menarik balik kenyataan melampau terhadap Presiden PAS dan memohon maaf," ujarnya. - HARAKAHDAILY 29/4/2015

Share on Myspace