Dakwaan kekayaan Najib, Rosmah fitnah belaka?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mulai hari ini sebahagian besar rakyat Malaysia harus memohon maaf dan bersimpati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagi penulis Shahbudin Husin, kekayaan yang selama ini digembar-gemburkan kononnya dimiliki oleh mereka ternyata tidak benar, palsu dan fitnah belaka.

"Ringkasnya, Najib dan Rosmah bukan sekadar hidup biasa-biasa, malah mungkin lebih susah daripada kebanyakan penerima BR1M sekali pun," tulis beliau dalam blognya.

Ini, ujarnya kerana Najib dan Rosmah sebenarnya bukan setakat tidak mampu berbelanja mewah, malah mengadakan kenduri menerima menantu pun tidak berkeupayaan. - HARAKAHDAILY 2/5/2015

Baca lagi

Share on Myspace