Anak muda prihatin isu kad prabayar

HARAKAHDAILY | .

Pertama sekali, kami merasakan kekesalan kepada kerajaan kerana gagal menangani masalah top up card walaupun Kabinet telah membincangkan isu ini satu bulan dahulu iaitu pada 3 April 2015.

Selepas 30 hari, isu ini masih belum selesai menimbulkan keresahan rakyat. Kerajaan BN gagal urus tadbir dalam bab ini. Di manakah janji manis BN 'pencapaian diutamakan'?

Kedua, kami mendedak Menteri Komunikasi dan Multimedia meletakkan kebajikan rakyat didahulukan sepertimana janji BN dalam PRU13. Sekarang beliau berkata kerajaan akan rugi RM800 juta kalau tidak laksanakan GST terhadap top up card. Kenyataan menteri jelas menunjukkan bahawa kerajaan mementingkan keuntungan RM800 juta itu.  Di mana janji-janji manis BN 'rakyat didahulukan'?

Reaksi kerajaan juga menunjukkan kerajaan memihak kepada syarikat telco gergasi. Dengan mengenakan GST, syarikat Telco akan memindahkan tanggungan syarikat dahulu kepada pengguna sekaligus mendapat keuntungan tambahan RM800 juta. Kami berpendapat jika dulu syarikat telco boleh tanggung SST Kenapa sekarang tak boleh? Kerajaan tidak harus menjadi jurucakap kepada syarikat gergasi telco.

Ketiga, saya tidak setuju kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bahawa kebanyakan pengguna top up adalah pendatang asing. Hakikatnya pengguna top up merangkumi semua lapisan masyarakat terutamanya golongan muda, pesara, warga emas dan termasuk calon Permatang Pauh, Kak Wan. Hakikatnya 44% aduan GST adalah berkenaan dengan top up card, ini menunjukkan betapa serius masalah ini.

Pada 1 Mei, Perdana Menteri telah memberi arahan melalui twitter. Beliau mencipta sejarah dengan memberi arahan melalui Twitter, mungkin beliau belajar dari Ketua Polis Negara yang lebih dikenali sebagai Twitter Sheriff. PM telah menutup mulut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan. Saya amat simpati terhadap timbalan menteri kerana menerima public humiliation yang boleh dibaca 2.4 juta pengikut Twitter. Saya menyeru timbalan menteri harus menjaga maruah diri sendiri dan letak jawatan daripada kabinet DS Najib.

Akhir sekali, kami menyeru Menteri KKM jangan melengah-lengahkan penjelasan isu top up card.

Parti Keadilan isu top up sebagai isu utama kempen PRK Permatang Pauh demi membawa suara anak muda. Sekarang anak muda sangat prihatin terhadap isu ini.

Pengundi muda di Rompin dan Permatang Pauh ingin membuat keputusan sebelum membuang undi. Kami dari Parti Keadilan mengalu-alukan menteri turun ke Permatang Pauh menjelaskan isu top up kepada orang muda di sini.

Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi PKR

Share on Myspace