Pemilihan PAS: Dua dicalonkan ketua muslimat

HAZAYANI ZAKARIA | .

KUALA LUMPUR: Dua nama layak bertanding jawatan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat bagi sesi 2015-2017.

Penyandang jawatan Ketua Muslimat sekarang, Siti Zailah Mohd Yusoff terus dicalonkan manakala seorang lagi ialah Nuridah Salleh.

Pengumuman tersebut dibuat Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Muktamar Tahunan PAS ke-61, Asmuni Awi di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini selepas pencalonan kawasan ditutup pada 30 April lalu.

Bagi jawatan timbalan ketua, seramai tujuh nama dicalonkan iaitu:

1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr. Siti Mariah Mahmud
3. Mumtaz Md Nawi
4. Dr Rosni Adam
5. Nuridah Salleh
6. Siti Zailah Mohd Yusoff
7. Wan Hasrina Wan Hassan

Manakala 10 nama dicalonkan bagi jawatan naib ketua iaitu:

1. Dr. Najihatussalehah Ahmad
2. Dr Wahibah Tahir
3. Mumtaz Md Nawi
4. Nuridah Salleh
5. Salamiah Mohd Nor
6. Aiman Athirah Al-Jundi (Raj Munni Sabu)
7. Wan Hasrina Wan Hassan
8. Dr. Rosni Adam
9. Siti Zailah Mohd Yusoff
10. Dr. Siti Mariah Mahmud

Menurut Asmuni, jawapan penerimaan atau penolakan mesti dikembalikan kepada beliau melalui dua kaedah.

Mereka boleh membuat serahan tangan sama ada sendiri atau wakil pada 18 dan 19 Mei dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Jika dibuat melalui serahan pos, surat mesti sampai sebelum jam 5.00 petang pada 19 Mei.

"Sekiranya kami tidak menerima jawapan pencalonan ini dalam waktu yang ditetapkan, maka mereka dianggap menolak pencalonan tersebut," katanya. – HARAKAHDAILY 5/5/2015

Share on Myspace