Bicara Harakah 5: 19 Mei, 2 jam bersama Presiden PAS

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Bicara Harakah akan menganjurkan program 2 jam bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei nanti.

Progam yang dianjurkan Harakahdaily bersama MyHararakah Bazar siri kelima berupakan bual bicara edisi khas  bagi tujuan untuk merungkai segala kekusutan atau pun konflik dalaman parti.

Program bual bicara selama dua jam itu turut membincangkan hala tuju Muktamar Tahunan PAS kali ke- 61 yang akan berlangsung pada Jun nanti.

Melalui program ini, diharapkan setiap persoalan yang timbul dapat direalisasikan sepenuhnya agar PAS kembali pada paksi perjuangan sebenar dan bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang.

Program yang akan berlangsung di galeri MyHarakah Bazar di hadapan KPJ Tawakal Jalan Pahang akan bermula pada jam 11 pagi.

Kepada yang berminat boleh untuk hadir boleh emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. untuk pendaftaran. – HARAKAHDAILY 8/5/2015

Share on Myspace