Tiada mesyuarat Majlis Fatwa tentang 1MDB - Dr Asri

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan beliau tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Sejak saya memegang jawatan Mufti Negeri Perlis dan ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bermula pada 1 Februari lepas, saya tidak pernah hadir dan tiada apa-apa mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan tentang pelaburan 1MDB.

"Itu sahaja yang dapat saya beritahu kepada pihak-pihak yang email saya tentang hal ini," jelasnya menerusi facebook.

Dalam laman facebook itu, beliau turut memuatkan salinan sebuah akhbar harian yang melaporkan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan sahkan transaksi pembelian daripada 1MDB mengikut syariah. - HARAKAHDAILY 11/5/2015

Share on Myspace