Pejabat PM nafi terdapat rombakan Kabinet

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri hari ini menafikan terdapat rombakan Kabinet seperti yang tertera dalam satu senarai yang tersebar di laman sosial.

Pejabat Perdana Menteri melalui akaun twitter 'Msia PM Press Office', berkata tidak ada perubahan dalam barisan kepimpinan kerajaan.

Senarai yang tersebar di laman sosial terutama melalui aplikasi WhatsApp memaparkan kononnya tujuh menteri dan timbalan menteri digugurkan daripada Kabinet.

Ia juga memaparkan senarai menteri dan timbalan menteri bagi setiap kementerian termasuk beberapa muka baharu. - Bernama

Share on Myspace