Program bersama Presiden, rakyat boleh tanya soalan

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Program Bicara Harakah bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei ini turut memberi peluang kepada rakyat tidak dapat hadir menanyakan soalan-soalan.

Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakop ketika ditemui berkata program itu merupakan program Bicara Khas yang akan membincangkan isu-isu khusus terutama persediaan PAS menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

"Ini merupakan satu program khas editorial dalam kita membincangkan matlamat PAS untuk menghadapi PRU14.

"Dalam pada masa yang sama kita akan mendengar sendiri pendirian Presiden PAS tentang masa depan parti itu di dalam Pakatan Rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Selain itu beliau turut berharap melalui program ini segala persoalan yang timbul dan rakyat ingin ketahui dapat dirungkai menjadi satu panduan baru.

"Rakyat ingin mengetahui pendirian PAS dalam isu-isu yang berlaku di dalam negara, seperti isu 1MDB mahupun Tabung Haji.

"Apa yang penting sekali adalah isu membabitkan hubungan di dalam Pakatan Rakyat dan kita mahu segala fitnah yang dilemparkan oleh musuh kita dapat diselesaikan," sambung beliau.

Dr Rosli yang turut memberi peluang kepada pendengar, pembaca serta penyokong PAS dan rakyat untuk kemukakan soalan kepada Ahli Parlimen Marang melalui platform yang disediakan nanti.

Program selama 2 jam akan diadakan di MyHarakah Bazar pada jam 11 pagi itu turut disiarkan secara langsung melalui TV Harakahdaily di www.harakahdaily.net.my dan setiap soalan yang boleh dihantar ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . – HARAKAHDAILY 13/5/2015

Share on Myspace