Bekas ahli Parlimen Dungun meninggal dunia

| .

DUNGUN: Bekas Anggota Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, meninggal dunia di rumahnya di Taman Alur Jejawi, dekat sini, awal pagi tadi.

Allahyarham, 58, yang mengalami komplikasi kencing manis disahkan meninggal dunia, pada kira-kira 6 pagi.

Menurut anak Allahyarham, Mohd Nazir, 26, bapanya rebah di bilik air ketika mengambil wuduk untuk solat Subuh.

Matulidi yang dilahirkan pada 5 Julai 1957 berkhidmat sebagai Anggota Parlimen Dungun bermula 2008 hingga 2013.

Turut hadir menziarahi Allahyarham ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Jenazah akan dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, tidak jauh dari kediaman Allahyarham. - Bernama

Share on Myspace