Bertanding presiden bukan berebut jawatan

| .

KUALA LUMPUR: Tidak timbul isu perebutan jawatan Presiden antara sesama ahli parti kerana ia adalah hak demokrasi dalam PAS, tegas bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang.

Beliau berkata, walaupun persetujuannya untuk menerima pencalonan sebagai Presiden PAS bukan kali pertama selepas Presiden PAS sebelum ini, Dr Burhanuddin Helimi yang dicabar oleh Prof Zulkifli Mohamad, ia tidak menimbulkan masalah kerana merupakan hak demokrasi yang dicalonkan dan mencalonkan.

Katanya, tidak timbul pertandingan antara satu dengan lain dalam parti politik kerana berdasarkan pertandingan antara Burhanuddin dan Zulkifli, tidak ternah timbul pergeseran antara kedua-dua pihak.

Ahmad berkata demikian kepada pihak media di pekarangan Pejabat Agung Pas Pusat, Jalan Raja Laut, semalam selepas menghantar borang pengesahan penerimaan pencalonan jawatan berkenaan.

Seorang lagi yang dicalonkan bagi jawatan Presiden ialah Datuk Husam Musa. Beliau bagaimanapun masih belum menyatakan sama ada menerima atau menolak pencalonan tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lalu mengumumkan kesediaannya mempertahankan jawatan itu. - HARAKAHDAILY 15/5/2015

Share on Myspace