Najib ucap Selamat Hari Lahir kepada Muhyiddin

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyambut hari lahirnya hari ini.

"Selamat Hari Lahir TS (Tan Sri) @MuhyiddinYassin. Semoga Allah panjangkan umur dan memberkati usaha bersama membangunkan negara," tweet Najib dalam laman Twitternya hari ini.

Catatan Najib itu kemudian ditweet semula oleh beberapa pengikutnya di laman media sosial itu yang turut memberikan ucapan sama kepada pemimpin nombor dua negara itu.

Antaranya termasuk seorang pengguna yang menggunakan nama @malvin2878 yang menulis [email protected] Dear TS wishing you a very happy birthday with many more years to come' dan @arifin_suria yang menulis 'Selamat Hari Jadi. Semoga Allah panjangkan umur dan memberkati segala usaha bersama membangunkan negara tercinta Malaysia'.

Muhyiddin yang dilahirkan pada 15 Mei 1947 di Muar, Johor kini berusia 68 tahun. - Bernama

Share on Myspace