Ada baiknya Kit Siang mohon maaf - Majlis Syura

ASLANI M | .

MACHANG: Majlis Syura Ulamak PAS berpendapat ada baiknya Penasihat DAP, Lim Kit Siang memohon maaf berhubung ucapannya di Kota Bharu pada 10 Mei lepas.

Setiausahanya, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, setidak-tidaknya ia dapat meredakan sedikit penyokong peringkat bawahan.

Katanya, dari segi.moral wajar sekali tindakan itu diambil oleh pemimpin terbabit.

"Mungkin juga pihak penganjur tidak menjangka ucapan sedemikian dibuat oleh pemimpin DAP terbabit.

"Sepatutnya program seperti itu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada PAS negeri," katanya selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Ulamak PAS Kelantan di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Hassan Mohamood dan anggota jawatankuasanya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah pada ceramah 'Perkukuh Pakatan Hancur Barisan' di Padang Perdana mendakwa negara yg mempunyai ramai penduduk Islam di Mesir dan Jordan tidak melaksanakan perundangan Islam. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Share on Myspace