Mahathir isytihar tak sokong Najib, surat telah diserah

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

IPOH: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu-isu yang dibangkitkan olehnya.

Mantan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diajukan soalan oleh hadirin pada program Bicara Negara di sebuah hotel di sini, petang tadi.

Dengan nada sinis, Mahathir menyatakan, beliau tidak mempunyai masalah untuk berdebat berdasarkan kebolehannya dalam bidang itu.

"Saya adalah sikit kebolehan dalam bidang debat ini, kalau nak debat dengan saya, okeylah," kata beliau dan disambut dengan pekikan serta tepukan gemuruh hadirin tanda sokongan.

Sementara itu, beliau mengisytiharkan tidak menyokong Najib dan sepucuk surat telah diserahkan kepada Presiden Umno bagi memaklumkan perkara tersebut.

Sebelum itu, pihak penganjur memaklumkan program tersebut mendapat penentangan daripada pelbagai pihak dan lokasi yang dijadualkan pada peringkat awalnya adalah di Stadium Indera Mulia. - HARAKAHDAILY 16/5/2015

Share on Myspace