Pandikar nafi letak jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia menafikan telah meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau menyatakan bertugas seperti biasa sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Persidangan Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlime ke-13 yang akan bermula Isnin ini.

Jelasnya, beliau juga mempengerusikan upacara mengangkat sumpah Ahli Dewan Rakyat bagi dua ahli baharu daripada Parlimen Rompin dan Permatang Pauh serta urusan-urusan mesyuarat yang ditetapkan pada 18 Mei ini.

Pandikar memaklumkan akan mempengerusikan sesi pembentangan usul Rancangan Malaysia ke-11 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis ini.

Kenyataan Pandikar itu sekali gus menafikan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan sebuah portal berita.

Mahathir dalam satu forum di Ipoh petang semalam mendakwa Pandikar telah berjumpa dengannya dan memaklumkan akan meletak jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Share on Myspace