MP Miri diserang, jejas keselamatan orang ramai

JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | .

Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo telah diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat klinik beliau pada pagi Jumaat yang lalu.

Kejadian serangan terhadap Ahli Parlimen Miri, Dr Michael Teo sehingga menyebabkan kecederaan memang perbuatan mereka yang tidak ada perasaan keperimanusiaan.

Dr Teo juga mengalami tiga tulang patah di relang yang memerlukan pembedahan besar serta luka di kepalanya akibat pukulan yang kuat dalam serangan tersebut. Penyerang menggunakan kayu pemukul besbol sempat melarikan diri dan pihak polis masih menyiasat kes ini.

Kejadian ini boleh menjejaskan keselamatan orang ramai sekiranya pihak keselamatan tidak segera mengambil tindakan tegas keatas mereka yang menggunakan kekerasan terhadap seseorang.

Pihak keselamatan bukan sahaja perlu sentiasa menjaga keselamatan wakil rakyat dan orang ramai tetapi perlu sentiasa memantau kegiatan jenayah yang sering berlaku di bandaraya Miri.

Kalau ada masalah pun pihak yang tidak puas hati mereka boleh bersemuka dengan mereka yang berkenaan agar kejadian menyerang secara kekerasan sehingga mencederakan seseorang tidak berlaku lagi.

Kita menggesa pihak keselamatan segera mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam serangan ke atas Ahli Parlimen Miri itu agar kejadian semacam ini tidak berulang lagi.

Pihak keselamatan bukan saja perlu bertindak tegas ke atas mereka yang mengguna kekerasan terhadap orang lain bahkan kejadian ragut dan rompakan yang semakin menjadi-jadi di bandaraya Miri juga perlu ditangani dengan sebaik mungkin.

Kita harap Dr Teo cepat sembuh dan dapat menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat dengan baik. - HARAKAHDAILY 17/5/2015

Share on Myspace