Anti-kudeta: 6 pemuda Mesir telah dihukum gantung

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Dua hari lepas iaitu pada 16 Mei 2015, hukuman gantung telah dilaksanakan sampai mati ke atas enam orang pemuda Mesir yang berasal dari Daerah Qalyubiyyah di perkampungan Arab Syarkas, menjadikan bilangan hukuman gantung sampai mati oleh pihak kudeta mencecah tujuh orang termasuk hukuman ke atas Mahmud Ramadhan beberapa bulan lampau.

Memetik facebook Mesir Kini, ini sudah pasti tidak termasuk bilangan yang mati diserang di Medan-medan, di jalanan, di Masjid, di universiti dan lain-lain tempat, ditembak, diseksa dan dipenjara selama beberapa tahun penguasaan mereka.

Kesemuanya lapan orang pemuda, dua darinya dikenakan hukuman penjara seumur hidup, manakala selebihnya hukuman gantung sampai mati, antara keenam-enam tertuduh, salah seorang dari mereka adalah seorang pemuda yang baru mencecah usia 17 tahun iaitu Abdurrahman Sayyed.

Mereka telah dihukum dengan pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak jelas dan sudah pasti tanpa sebarang bukti.

Antaranya, tuduhan memiliki senjata api, membunuh dua orang pegawai tinggi, membunuh enam orang kadet tentera, menyerang bas tentera, memiliki bekalan bahan letupan yang digunakan di dalam siri-siri keganasan dan banyak lagi.

Namun pada hakikatnya mereka semua telah ditangkap sebelum dari tarikh berlakunya tuduhan-tuduhan di atas.

Atas alasan apakah sebenarnya mereka dihukum gantung?

Enam pemuda yang telah dihukum mati:

1. Hani Mustafa Amin Amir Mahmud, 31 tahun
2. Muhammad Bakri Muhammad Harun Abdul Aziz, 31 tahun
3. Muhammad Ali Afifi Badwi Nasif, 33 tahun
4. Islam Sayyed Ahmad Ibrahim, 25 tahun
5. Abdurrahman Sayyed Rizk Abu Sari', 17 tahun
6. Khalid Farg Muhammad Muhammad Ali, 27 tahun

Semoga Allah menerima kesyahidan mereka. - HARAKAHDAILY 18/5/2015

Share on Myspace