Bicara Khas Presiden PAS, esok 19 Mei

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Bicara Harakah Edisi Khas bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada 19 Mei (Selasa) di MyHarakah Bazar (hadapan KPJ Tawakal, Jalan Pahang).

Program siri ke-5 itu akan berlangsung selama dua jam bermula jam 12 tengahari dan akan membincangkan isu-isu semasa membabitkan parti itu.

Beberapa soalan yang akan dibangkitkan pada program tersebut antaranya adalah mengenai peta perjalanan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Moderator bagi program tersebut akan dikendalikan oleh Pengarah Urusan Harakah, Dr Rosli Yaakob.

Selain itu dua panel penanya yang terdiri daripana Pengarang Berita Kanan Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob dan Penolong Pengarang Berita Kanan, Muhammad Azamin Amin.

Sebanyak 10 soalan telah disediakan kepada Presiden PAS termasuk dua soalan daripada laman sosial Facebook Harakahdaily dan tiga daripada penonton yang hadir.

Dijangkakan akan turut hadir adalah Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar. – HARAKAHDAILY 18/5/2015

Share on Myspace