Kedutaan Mesir enggan terima memo bantahan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kedutaan Mesir di sini enggan menerima memorandum bantahan hukuman mati yang dijatuhkan kerajaan negara itu ke atas Dr Mohamed Morsi, Syeikh Dr Yusuf al-Qardhawi dan lebih 100 yang lain.

Pihak kedutaan hanya meminta pihak Lajnah Dakwah PAS Pusat meletakkannya di kaunter pengawal.

Pagi ini, Lajnah Dakwah PAS Pusat yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, Dr Riduan Mohd Nor pergi ke kedutaan Mesir untuk menyerahkan memorandum bantahan terhadap hukuman mati itu.

Turut bersama ialah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat, Khairil Faizi Ahmad Kamil dan Pengerusi Lajnah Dakwah DUPP, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Share on Myspace