Tak masuk nama saya pun tak apa - Presiden PAS

HARAKAHDAILY | FOTO MOHD NASIR | .

KUALA LUMPUR: "Tak masuk nama saya pun tak apa," ujar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ringkas berhubung Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.
 
Beliau menyatakan demikian ketika menjawab pertanyaan media pada program Bicara Harakah di MyHarakah Bazar, Jalan Pahang Barat di sini tengah hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berjanji akan melaksanakan kembali Jawatankuasa Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat.

Pada sidang media semalam, Wan Azizah yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata di mana setiap kementerian terpilih akan diwakili oleh seorang ahli parlimen dari setiap parti, ianya bertujuan untuk memperkukuhkan timbang tara (check and balances) demi memelihara kepentingan rakyat.

Tegas Tuan Guru Abdul Hadi, apa yang penting adalah untuk memenangi pilihan raya dan mengisi kemenangan itu, bukannya siapa yang menjadi menteri. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Share on Myspace