Yang hendak berpecah keluar dari PAS

SALMIYAH HARUN | FOTO M NASIR | .

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tidak ada perselisihan faham di kalangan ahli dan pimpinan parti itu di dalam perkara yang melibatkan dasar parti.


Sebaliknya Ustaz Abdul Hadi tidak menafikan wujudnya perselisihan faham di kalangan mereka yang melibatkan furuk (cabang).

"Ada perkara cabang yang kita boleh berbeza pendapat dan bertolak ansur, tetapi perkara dasar kita kena bertegas.

"Jika pertelingkahan berlaku maka kita kena kembali kepada Allah dan Rasul sebagai jalan yang terbaik dan ini ada disebut dalam nas," katanya dalam program Bicara Harakah Edisi Khas Bersama Presiden PAS di MyHarakah Bazaar Jalan Pahang, di sini.

Namun katanya perbezaan pendapat di kalangan PAS bukanlah perkara baru dan ia telah berlaku sejak tahun 60-an dan berjaya diselesaikan atas kematangan ahli dan parti itu sendiri.

"Perbezaan pendapat, kita bermesyuarat. Perselisihan faham adalah perkara biasa di dalam sebuah parti, yang hendak berpecah keluarlah dari PAS," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Beliau mengakui PAS kini telah mengorak langkah lebih jauh apatah lagi mempunyai ahli dengan pelbagai latar belakang.

"Oleh sebab itu, ada yang berfikiran lebih maju, ada yang menzalimi diri sendiri dan bermacam-macam jenis manusia di dalam PAS hari ini ," katanya. - HARAKAHDAILY 19/5/2015

Share on Myspace