Rohingya: Serah memo di Kedutaan Myanmar esok

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Lajnah Dakwah PAS Pusat akan menyerahkan memorandum Selamatkan Rohingya di Kedutaan Myanmar, esok (21 Mei).

Serahan memorandum itu akan diketuai Timbalan Pengerusinya, Ustaz Nasrudin Hassan yang juga Ahli Parlimen Temerloh.

Menurut beliau, para penyokong dan mereka yang berkelapangan diminta hadir beramai-ramai bagi menunjukkan solidariti kepada nasib pelarian Rohingya yang menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Semua penyokong diminta berkumpul di kedutaan tersebut pada jam 11.00 pagi. - HARAKAHDAILY 20/5/2015

Share on Myspace