Turki arah kapal tentera bantu pelarian Rohingya

HARAKAHDAILY | .

(Foto hiasan)

Kerajaan Turki ikut serta berperanan menyelamatkan Muslim Rohingya yang terdampar di perairan Asia.

Memetik laporan laman web Eramuslim.com, sebuah kapal tentera Turki sudah menjalankan tugasnya di perairan Asia Tenggara mencari pelarian yang melarikan diri dari Myanmar.

"Kerajaan telah mengarahkan kapal tentera Turki di wilayah tersebut dan bergabung dengan usaha antarabangsa untuk membantu para pelarian Rohingya," kata Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu seperti dilansir dari Xinhua, Rabu.

Beratus-ratus pelarian Rohingya dilaporkan berlayar ke perairan wilayah Thailand di Laut Andaman sejak awal bulan ini.

Selain itu banyak pula yang menuju Malaysia dan Indonesia untuk mencari tempat tinggal selepas konflik di negaranya.

PBB menganggarkan ribuan pelarian masih berada di laut lepas. Dikhabarkan mereka juga ditipu dan ditinggalkan oleh peniaga yang awalnya memudahkan mereka untuk melarikan diri dari negaranya.

Menurut data yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi PBB untuk pelarian, lebih daripada 25,000 etnik Rohingya melarikan diri dari Myanmar dalam tiga bulan terakhir.

Share on Myspace