Majlis Syura jawab isu fitnah gabungan PAS, Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulamak dalam sidangnya ke-31 di Kolej Islam Zulkifli Mohamad pada 19 Mei 2015 mengambil perhatian serius dakwaan dan fitnah sesetengah pihak bahawa pihak Majlis Syura Ulamak pernah meluluskan usaha penggabungan PAS dan Umno.

"Dengan ini, pihak Majlis Syura Ulamak menegaskan bahawa tiada sebarang perbincangan atau keputusan pernah dibuat ke arah gabungan PAS dan Umno," tegas Setiausaha Majlis Syura Ulamak, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jelasnya, Majlis Syura Ulamak juga menegaskan tidak pernah wujud sama ada usaha atau pandangan ke arah penggabungan ini oleh mana-mana individu ahli Majlis Syura Ulamak seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan lain-lain ahli jawatankuasa Majlis Syura Ulamak.

"Majlis Syura Ulamak dengan ini menyeru supaya semua ahli PAS menolak fitnah ini bagi mengukuhkan jemaah ke arah memenangkan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Share on Myspace