Rohingya: Myanmar angkuh, enggan terima memorandum

| .

KUALA LUMPUR: PAS kesal terhadap tindakan Kedutaan Myanmar yang enggan menerima memorandum berhubung isu pelarian etnik Rohingya.

Timbalan Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor berkata, pihak kedutaan menunjukkan sikap angkuh, biadab dan tidak bertanggungjawab hari ini.

"Mereka enggan menerima rombongan kita malah tidak mahu menerima memorandum yang kita ingin sampaikan," katanya di hadapan Kedutaan Myanmar sebentar tadi.

Menurut beliau lagi, apa yang berlaku terhadap etnik Rohingya adalah suatu perkara yng serius dan perlu diberi perhatian semua pihak.

"Kerajaan Myanmar perlu hentikan apa yang berlaku sekarang, hak entik Rohingya perlu dikembalikan.

"Malah kerajaan Malaysia juga memainkan tanggungjawab, penempatan sementara perlu disediakan seperti sebuah pulau untuk mereka duduk sementara," katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menegaskan PAS berpendirian masyarakat minoriti entik Rohingya telah berhadapan dengan masalah penindasan dan kezaliman yang serius.

Ini disifatkan sebagai satu tindakan ancamab terancang yang disebabkan oleh penafian hal Kerajaan Myanmar.

"Kami berpendirian dengan menyokong resolusi United Nations General Assembly yang telah disepakati pada 29 Disember 2014 lalu dan menggesa pihak Myanmar untuk mengikhtiraf kerakyatan penuh entik muslim Rohingya.

"Hentikan penindasan terhadap mereka dan pihak kedutaan perlu bertindak, keengganan dalam menyelesaikan isu tersebut satu himpunan besar-besaran akan diadakan nanti," katanya lagi.

Beliau yang bersama-sama berapa pimpinan PAS seramai tujuh orang termasuk Presiden Mapim, Azmi Abd Hamid tidak dibenarkan masuk bagi menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan.

Dianggar hampir seratus orang termasuk etnik Rohingya telah berhimpun secara aman berhampiran pejabat kedutaan bagi menyatakan bantahan.

Sementara itu, Komuniti Bertindak Untuk Rohingya dari Pertubuhan Solidariti Madani Malaysia (MaSSSA) yang turut berhimpun sebelum itu juga tidak dibenarkan masuk serta bertemu dengan pihak kedutaan. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Share on Myspace