Presiden Mesir bukan al-Sisi tapi masih Mursi - Erdogan

HARAKAHDAILY | .

"Tidak mungkin sebuah negara yang percaya demokrasi menerima hukuman mati terhadap Presiden Mesir Mohamad Mursi," tegas Presiden Turki, semasa berada di Bosnia dan Herzegovina, Rabu.

Dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Presiden Bosnia, Mladen Ivanic, Recep Tayyip Erdogan berkata: "Hal ini tidak mungkin bagi kita yang percaya pada demokrasi untuk menerima rampasan kuasa tersebut".

Presiden Erdogan dan rakyat Turki secara tegas tetap membela dan menyokong Presiden Mohammad Mursi. Turki juga menarik Duta Besarnya, sejak berlakunya rampasan kuasa oleh rejim tentera di bawah al-Sisi. Erdogan enggan mengakui al-Sisi sebagai Presiden al-Sisi.

Ketika mahkamah Mesir menjatuhkan keputusan hukuman mati terhadap Mohamad Mursi, ratusan ribu rakyat Turki di Istanbul dan ibu negara Ankara, mengadakan demonstrasi menentang keputusan mahkamah Mesir. Ini merupakan wujud komitmen Turki terhadap kebebasan dan keadilan yang diyakini Turki.

Erdogan dan Mursi telah bertemu di Istanbul sebelum dijatuhkan oleh junta tentera. Mursi dan Erdogan mempunyai kesamaan ideologi, dan visi dalam membina dunia Islam. Turki kini menjadi penjuru bagi dunia Islam dengan kekuatannya.

Dalam satu dekad Erdogan telah mengubah seluruh kehidupan rakyat Turki, dan lebih makmur. Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Turki, selama berada di tangan penguasa-penguasa sekular, sejak zaman Kamal Ataturk.

Kesatuan Eropah, Amerika, Amnesty Antarabangsa, Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon, Jerman, dan sejumlah negara, mengecam keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Mursi.

Di bahagian lain, kumpulan Mujahidin di Sinai, menyeru perlawanan dan menyerang hakim-hakim yang telah menjatuhkan hukuman mati terhadap Mursi. Kumpulan Mujahidin di Sinai mengutuk keputusan mahkamah Mesir, sebagai kejahatan terhadap pemimpin rakyat.

Seorang tokoh Ikhwan, Dr Muin Abdul Futuh, yang pernah menjadi calon presiden dalam pilihan raya di Mesir, mengatakan akan terjadi huru-hara yang sangat hebat di seluruh Timur Tengah, bila kerajaan al-Sisi meneruskan keputusan menghukum mati Mursi.

Selanjutnya secara jelas Erdogan menegaskan, "Saya secara konsisten mengatakan bahawa masyarakat antarabangsa tidak pernah menerima Sisi sebagai presiden.

"Hari ini, saya juga mengatakan hal yang sama. Bagi saya, presiden Mesir bukan al-Sisi, tapi masih Mursi," katanya dipetik Eramuslim.com.

Turki secara terbuka menentang rampasan kuasa tentera oleh tentera Mesir yang menempatkan Abdel Fattah al-Sisi sebagai 'presiden'. Erdogan, mengatakan 'rampasan kuasa tentera' sebagai tindakan yang harus dikutuk, dan menyeru dunia Barat mengambil sikap terhadap keputusan mahkamah Kaherah.

"Jika anda demokrat dan percaya pada demokrasi, mengapa anda tidak mengatakan sesuatu tentang hukuman mati ini?" tanya Erdogan.

Turki memulakan langkah-langkah menentang keputusan mahkamah Mesir melalui mekanisme organisasi antarabangsa berkaitan dengan hukuman mati Morsi itu.

"Sama seperti kita akan mengambil langkah-langkah di PBB, kami juga akan mengikuti tugas ini di forum antarabangsa," tambah Erdogan.

Kesatuan Eropah menggesa mahkamah Mesir memberikan Mursi dan lebih dari 100 penyokongnya 'keadilan yang adil'.

Share on Myspace