RMK11: Khuatir impak kesejahteraan rakyat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Kita menyambut baik aspirasi dan hasrat RMK11 untuk membawa Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagaimanapun, beliau khuatir dengan kepimpinan dan pendekatan sekarang yang gagal mencapai sasaran pertumbuhan KDNK 4 tahun, daripada 5 tahun dalam RMK10.

"Saya juga khuatir dengan impak sebenar RMK10 yang lalu dan RMK11 nanti ke atas kehidupan dan kesejahteraan rakyat terbanyak sebagai salah satu contoh; dalam RMK10 dahulu ada menyebut 1MDB akan menguntungkan rakyat dan pada RMK11 kita akan dapat menilai kesan 1MDB menguntungkan siapa sebenarnya dan juga bagaimana pula GST yang dikutip akan dibelanjakan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut khuatir bagaimanakah pendekatan terbaik untuk merapatkan jurang pendapatan (income nequality).

Oleh demikian, ujarnya Pakatan Rakyat (PR) akan meneliti cadangan RMK 11 yang wajib berdasarkan Prinsip Tatakelola Pemerintahan (Good Governance) seperti prinsip pembangunan inklusif, proses perancangan telus, pelaksanaan efisien yang bebas rasuah, bebas ketirisan dan bebas pembaziran (execution and delivery) serta penilaian pencapaian dan impak kepada rakyat berintegriti (true outcome and impact).

Menurutnya, membuat analisa untuk perbahasan konstruktif oleh ahli-ahli parlimen PR dengan menilai, mengupas RMK 11 dan memberikan pandangan serta cadangan yang sewajarnya dalam masa perbahasan nanti.

Katanya, pelonjak akhir atau ‘final lap’ ke Wawasan 2020 memerlukan ‘final sprint’ dengan meluaskan demokrasi dan bukan menyempitkan demokrasi agar semua rakyat Malaysia akan dapat sampai ke garis penamat Wawasan 2020.

"Oleh itu, kita menyokong langkah awal usul Penambahbaikan Parlimen dengan menyarankan kerajaan menubuhkan JawatanKuasa Fiskal Parlimen untuk menjamin pemantauan dan pelaksanaan RMK11 melalui bajet tahunan," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Share on Myspace