Presiden Parlimen Jerman enggan bertemu al-Sisi

HARAKAHDAILY | .

Presiden Parlimen Jerman, Norbert Lammert, menyatakan bahawa pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim rampasan kuasa tentera Mesir menjadi alasan kuat bagi dirinya dan parlimen untuk menolak bertemu dengan Sisi dalam kunjungan kenegaraan pada 3 Jun akan datang.

Dalam wawancaranya dengan pejabat berita Jerman, Deutsche Welle, Norbert Lammert mendedahkan bahawa dirinya ingin memberi perhatian kepada presiden Abdel Fattah al-Sisi mengenai perkembangan demokrasi di Mesir, terlebih yang berlaku dalam beberapa bulan terakhir terhadap kumpulan pembangkang kerajaan.

"Saya tidak tahu sama ada saya sebagai ketua parlimen yang dipilih secara demokratik boleh bercakap dengan ketua negara yang terpilih tidak secara demokratik," ujar Lammert dalam wawancara tersebut dipetik Eramuslim.com.

Selain itu Lammert juga menyatakan rasa hairan mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kepada Muhammad Mursi dan ratusan tahanan politik yang menjadi pembangkang kerajaan, serta 40,000 orang yang ditangkap kerana sebab-sebab politik.

Sebelum pengumuman pembatalan pertemuan dengan Sisi telah disampaikan Jabatan Maklumat Parlimen Jerman 'Bundestag' kepada Duta Besar Mesir di Jerman dalam satu kenyataan rasmi pada hari Selasa, kelmarin.

Share on Myspace