RMK11: Umum bagus tapi tiada sikap amanah sia-sia

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sebagus mana sekalipun apa yang diumumkan, jika bermasalah pada ‘delivery system’ akibat tiada sikap beramanah dan berintegriti dalam kalangan pemimpin negara dan kerajaan, hasrat untuk menyampaikan ‘outcome’ yang berimpak tinggi yang cepat kepada ‘capital economy’ dan ‘people economy’ dengan kos berpatutan akan menjadi sia-sia.

Demikian respons awal Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali terhadap pembentangan RMK11 oleh Perdana Menteri hari ini.
 
Menurutnya, mengelak daripada mengakui masalah sebenar kerajaan dan negara seperti perbelanjaan defisit, ketirisan dan pembaziran serta salah urus tadbir dengan mengumumkan 10 senarai kejayaan.

Kata beliau, masalah sebenar jika tidak ditangani akan menjadi punca kepada masalah-masalah baru yang lain.

Tambahnya, mengguna ‘benchmark’ atau kayu ukur yang tidak disemak dan tidak realistik.

Katanya, kadar kemiskinan yang dikatakan berkurang kepada 0.6% pada tahun 2014 masih berdasarkan takrif lama dan paras garis kemiskinan RM880.

Beliau berkata, purata pendapatan isi rumah yang meningkat kepada RM6,141 pada 2014 pula tidak menggambarkan pendapatan sebenar per individu dan terhasil daripada jurang pendapatan yang tinggi.

"Memberi perhatian terlalu banyak kepada pembangunan fizikal dan hanya sedikit terhadap pembangunan kajian dan modal insan," ujarnya. - HARAKAHDAILY 21/5/2015

Share on Myspace