RMK11 ada positif, negatif - Presiden PAS

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD | .

MARANG: Presiden PAS meyifatkan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam ada yang negatif dan positif.

Katanya, perkara positif adalah kemudahan-kemudahan yang sudah ada tetapi masih ada yang ketinggalan.

"Ada yang negatif ada yang positif, kemudahan-kemudahan yang sudah ada tapi masih ada yang ketinggalan di Pantai Timur, di Malaysia Timur," katanya kepada media di pekarangan Masjid Rusila, hari ini.

Selain itu, kata beliau RMK11 dilihat negatif kerana ramai rakyat masih ada yang terpinggir infrastruktur yang tidak sempurna walaupun lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan.

Begitu juga, tambah beliau krisis ekonomi negara yang masih bergantung kepada cukai demi cukai.

"Sepatutnya cukai, hasil yang ada itu sudah menyelesai masalah, itu menandakan tidak boleh urus dengan baik, itu kelemahan-kelemahan, perlu dibetulkan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Justeru, katanya PAS memberi peluang kepada kerajaan untuk membetulkan semua kelemahan itu.

"Kita beri peluang dia betulkan itu semua. Insya Allah saya akan berucap, Isnin atau Selasa," ujar beliau. - HARAKAHDAILY 22/5/2015

Share on Myspace