Solat hajat, munajat khusus buat Rohingya hari ini

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS menyeru kepada semua ahli serta seluruh rakyat Malaysia bagi mengadakan Solat Hajat dan Munajat khusus buat saudara seagama kita di bumi Rohingya, yang kini terus-menerus ditindas oleh pihak yang tidak berperikemanusiaan.

Demikian seruan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan ringkas.

PAS, katanya menggesa Solat Hajat dan Munajat itu diadakan pada hari ini, 23 Mei bersamaan 5 Syaaban, selepas Solat Maghrib bertempat di markaz, surau, masjid kawasan masing-masing.

"Semoga Allah SWT anugerahkan kekuatan buat saudara seagama kita di bumi Rohingya serta para pejuang Islam di seluruh pelosok dunia," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 23/5/2015

Share on Myspace