Syarat kerjasama politik parti Islam dan sekular

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kerjasama politik antara parti Islam dan parti yang memperjuangkan fahaman sekular atau sosialis dibolehkan dalam Islam dengan bersyarat, kata Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Beliau menjelaskan, antaranya atas dasar kebajikan dan taqwa.

"Juga ia menjadi wasilah dan alat memperkukuhkan Islam dan melaksanakan syariah," ujarnya.

Menurutnya, tanpa syarat-syarat itu kerjasama politik adalah haram.

"Apabila pelaksanaan syariah ditentang dan dihalang, kesetiaan ahli beralih kepada parti sosialis, pemimpin utama parti Islam dicemuh dan diperlekehkan tidakkah syarat kerjasama politik telah dilanggar?" tanya beliau. - HARAKAHDAILY 24/5/2015

Share on Myspace