Imam pertama, tentera Islam Jerman bertambah

HARAKAHDAILY | .

Semakin banyak jumlah anggota tentera Jerman yang beragama Islam, unit tentera negeri Panzer memutuskan untuk mengambil imam pertama bagi memimpin keperluan ibadah pasukan Islam.

Memetik laporan laman web Eramuslim, media tempatan Jerman menyebut pelantikan itu secara rasmi dilakukan oleh unit tentera Jerman, semalam (23 Mei).

"Islam telah menjadi agama terbesar ketiga di Jerman dan kami cuba menyediakan seorang imam untuk tentera Muslim kami," kata juru bicara unit tentera Jerman dilansir dari laman Onislam.net.

Peningkatan jumlah pegawai Muslim ini pada bulan lalu telah membuat pemerintahan Jerman membuka pusat Ibadah bagi tentera Muslim di bahagian barat Bandar Koblenz.

Hal ini sebagai bentuk persamaan hak antara anggota tentera Jerman kerana sebelum tentera Jerman yang beragama Katolik dan Protestan juga telah mempunyai gereja masing-masing untuk menjalankan perintah agama mereka.

Berdasarkan data yang dimiliki unit tentera Jerman, ketika ini mereka telah mempunyai sebanyak 1,600 kakitangan muslim. Sementara penduduk Muslim yang tinggal di Jerman ketika ini tercatat sebanyak 4 juta orang termasuk 220,000 yang bermastautin di Berlin.

Dengan semakin banyaknya kakitangan muslim, unit tentera berharap beberapa persoalan yang menyangkut kepentingan umat Islam di Jerman lebih mudah untuk diselesaikan. Sebab dalam beberapa waktu terakhir, di Jerman juga marak aksi islamofobia yang dilancarkan oleh kumpulan anti-Islam.

Share on Myspace