JK Pemilihan PAS nafi wujud akaun facebook

| .

 

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan PAS menafikan sebarang kewujudan atau kaitan dengan laman facebook yang memaparkan sebahagian daripada calon yang akan bertanding dalam Muktamar PAS Ke-61.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan PAS, Mohd Azhar Mat Dali berkata, sebarang maklumat rasmi kepada media hanya akan dihebahkan melalui sidang media atau kenyataan media khusus.

"Jawatankuasa Pemilihan PAS menerima beberapa pertanyaan berkaitan kewujudkan suatu laman facebook yang memaparkan sebahagian calon-calon yang akan bertanding dalam Muktamar PAS ke-61.

"Pihak kami juga tidak mempunyai sebarang laman facebook ataupun website," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nama-nama caon yang bertanding telah diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Asmuni Awi pada 20 Mei lalu.

Ia selepas tarikh tutup pencalonan pada 19 Mei lalu. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Share on Myspace