Cuba tanya sebab apa kita sertai PAS

HARAKAHDAILY | .

 

KUALA LUMPUR: "Cuba rileks kejap, seminit saja. Cuba tanya diri kita, sebab apa kita menyertai PAS," tulis AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menerusi facebook.

Beliau yakin semua yang menyertai PAS kerana dasarnya Islam.

"Bukan kerana marah dengan Umno, bukan kerana kalah merebut jawatan, bukan kerana hendak bertanding, bukan kerana hendak dapat projek kalau PAS menang, bukan kerana kagum dengan individu dalam PAS," ujarnya.

Kalau itu tujuannya, kata beliau sila betulkan kompas anda supaya tidak tersasar.

"Bimbang sia-sia sahaja kita berjuang," tambahnya.

Di samping itu, katanya kita berpolitik kerana ingat akhirat dan mati, bukan kerana hendak hidup semata-mata.

"Kita tidak akan berjuang bersama PAS kalau kita tidak fikir untuk mati.

"Harapan kita semoga ia menjadi amal soleh. Jika tidak, kita akan menyesal di dalam hidup, rasa penat, jemu, buang masa," ujar Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Tambahnya, paling bahaya kosong di dalam buku amalan. - HARAKAHDAILY 27/5/2015

Share on Myspace