Banyak yang Tun M kata salah sama sekali, kata Najib

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata banyak daripada apa yang diperkatakan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini tidak mempunyai objektif dan salah sama sekali.

Beliau berkata persoalan yang perlu dibangkitkan adalah apakah motif Dr Mahathir yang memilih saat ini untuk meluahkan kecaman yang direka-reka kumpulan pembangkang yang dahulunya dikecam beliau sebagai pembohong.

Najib menegaskan bahawa Dr Mahathir sering mendakwa bahawa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu disebabkan apa yang dimaklumkan orang kepadanya apabila mereka datang menemuinya.

"Bagaimanapun, beliau perlu menyiasat sama ada perkhabaran dan dakwaan yang itu mempunyai sebarang bukti atau kebenaran sebelum menyuarakannya. Beliau tahu benar bahawa banyak daripada dakwaan itu dibuat tentang perkara semasa di bawah pentadbiran beliau.

"...dan seperti biasa jawapan Tun adalah: 'Mana buktinya?" Beliau seharusnya menerapkan ujian sama kepada apa yang didengarinya," kata Najib dalam blog beliau, NajibRazak.com. - Bernama

Share on Myspace