Pemuda PAS lancar Tabung #RohingyaDihati

MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

IPOH: Pemuda PAS Malaysia (PPM) mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyalurkan sumbangan menerusi Tabung #RohingyaDihati bagi membantu mangsa keganasan etnik Rohingya di Arakan, Myanmar.

Pengerusi Lajnah Antarabangsa PPM, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, sumbangan tersebut akan diserahkan terus ke pertubuhan Islam di Myanmar serta kem perlindungan terutama di Acheh, Indonesia.

Menurutnya, di samping itu, sumbangan tersebut akan disalurkan ke kem perlindungan yang baru dibuka di negara ini iaitu di Belatik, Sik untuk membiayai kos pengoperasiannya.

"Hasrat kami adalah untuk menghantar sumbangan ini secepat mungkin ke kem perlindungan di Acheh, kami telah berhubung dengan pihak sana untuk mengadakan satu misi kemanusian menyerahkan amanah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS juga telah menghubungi dengan Persatuan Islam Rohingya, Yangon untuk mengetahui perkembangan terkini serta kedah penyampaian bantuan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah selepas melancarkan Tabung #RohingyaDihati semasa Wacana Halatuju Pemuda PAS Malaysia, di Hotel Seri Malaysia Ipoh, semalam. - HARAKAHDAILY 28/5/2015

Share on Myspace