Turki adakan perayaan penaklukan Konstantinopel

HARAKAHDAILY | .

Turki pertama kali dalam sejarah mengadakan perayaan besar-besaran Penaklukan Konstantinopel 1452 oleh Empayar Uthmaniyyah.

Worldbulletin melaporkan perayaan akan dipusatkan di daerah Balat, kawasan pesisir Yenikapi, dan membawa tema Muncul dan Bangkit. Ini adalah peringatan tahun ke-562 penaklukan kota itu.

Perayaan akan dilakukan Sabtu (30 Mei), bukan Jumaat (29 Mei) atau tarikh sebenar kejatuhan kota itu ke Empayar Uthmaniyyah. Alasan panitia adalah agar lebih banyak orang ramai mengambil bahagian.

Pada 29 Mei 1453 Sultan Muhammad al-Fatih menakluki Konstantinopel bandar yang selama seribu tahun lebih berada di bawah Empayar Rom Timur dan mengubahnya menjadi Istanbul.

Penaklukan ini mengubah bandar. Uthmaniyyah menjadikannya ibu kota empayar.

Kini, sebuah yang terdiri dari 450 orang bekerja keras menyelesaikan persiapan akhir untuk perayaan pembukaan. Turki, menggunakan teknologi canggih, berusaha menampilkan suasana semasa penaklukan.

"Kami akan mengadakan perayaan unik dan komprehensif, yang akan diikuti semua penduduk Istanbul dan semua warga asing di Turki," ujar Datuk Bandar Istanbul, Kadir Topbas.

"Kami ingin menghadirkan suasana dan warga berkongsi keghairahan dalam selesa dan damai," katanya dipetik laman web Eramuslim.com.

Acara akan bermula jam 5.30 waktu tempatan, dengan kehadiran Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu.

Vasip Sahin, gabenor Istanbul, berkata pejabat negara, pemimpin politik, dan birokrasi, juga diundang ke perayaan ini. Ia berharap perayaan ini amat bermakna.

Menariknya, perayaan ini berlangsung seminggu sebelum pilihan raya ke-25, yang akan berlangsung pada 7 Jun. Semasa perayaan, sebuah filem tiga dimensi - yang menggambarkan penaklukan kota - akan dimainkan di televisyen skrin besar.

Janisari Band Uthmaniyyah, yang terdiri dari 562 orang, akan memainkan lagu-lagu pembukaan. Pasukan aerobatik kebangsaan Turki; dikenal dengan sebutan Bintang Turki, akan tampil di atas pusat perayaan.

Pidato-pidato yang akan disampaikan pada acara itu akan diterjemahkan ke dalam bahasa Sepanyol, Arab, Perancis, Inggeris dan Rusia.

Kerajaan Turki menganggarkan satu setengah juta orang akan datang ke perayaan, dan akan masuk ke arena melalui 120 pintu gerbang dengan keselamatan ketat. Pada hari itu, garis pantai dan dinding bersejarah Istanbul yang dibina Bizantium untuk melindungi bandar akan diterangi bunga api dan persembahan laser. Semasa perayaan akan ada tarikan bunga api besar-besaran.

Muzium Sejarah Panorama 1453, dekat tembok kota, akan memberikan syiling peringatan kepada setiap tetamu. Sebanyak 562 pengunjung akan mendapat lukisan yang menggambarkan penaklukan.

Penaklukan Konstantinopel diramalkan Rasulullah s.a.w. dalam salah satu hadits baginda. Dikisahkan, Rasulullah s.a.w. mengatakan penaklukan Konstantinopel adalah askar terbaik, dan askar terbaik itu adalah yang tidak pernah meninggalkan solat, dan memanfaatkan waktu malamnya untuk berdoa.

Sultan Muhammad al-Fatih adalah askar terbaik itu. Dialah komander penaklukan, yang memimpin askar tidak pernah lalai solat.

Share on Myspace